Jul
13

647 Sumber Web Designer

647 sumber web designer

Khas untuk web designer, ForWebDesigners.com ini memuatkan sebanyak 647 links untuk dijadikan sumber kepada web designer yang merangkumi CSS, AJAX, HTML, Color dan lain-lain.

Bagi para designer, sumber-sumber begini adalah sangat penting untuk memastikan kerja-kerja mereka lebih produktif dan memudahkan mereka mencari sumber-sumber yang berkaitan mengenai web design.

Terima kasih kepada ForWebDesigners.com kerana sekarang saya tidak perlu mencari-cari ulangkali di google untuk mendapatkan sumber yang berkaitan. Menjimatkan masa saya dan sumber-sumbernya adalah amat berguna.

Anda suka artikel/post Azman ini? Apa kata belanja dia kopi secawan.

Jul
5

10 Sebab Mengapa Wordpress

wordpress vs johor

Wordpress adalah software/script blogging open-source yang terbaik berbanding software blogging yang lain. Dengan penggunaan sistem widget dan plugin percuma yang ada lebih luaslah keupayaan presentation blog/web anda tambahan terdapat ribuan theme-theme secara percuma yang anda boleh dapati di internet ini.

Mungkin ada yang merasakan artikel ini sangat basic atau sudah lapuk memandangkan ramai yang sudah menggunakan Wordpress di dunia internet ini namun tahukah anda masih ramai lagi yang tidak mengetahui kehebatan Wordpress ini malah sama sekali tidak mengetahui kewujudannya (masih ramai yang bertanyakan kepada saya tentang ini).

Baiklah, sekiranya anda masih tertanya-tanya software manakah yang terbaik untuk anda memulakan blogging maka jawapan saya adalah WORDPRESS kerana:-

  1. Pemasangan plugin/function yang mudah, cepat dan pelbagai - Dengan ramainya developer-developer secara freelancer dan sukarela membina plugin dan disebarkan secara percuma, pilihan pelbagai jenis plugin menjadi sangat banyak mengikut keperluan-keperluan umum seperti SEO, download manager, anti-spam, dan lain-lain
  2. Pelbagai theme percuma yang ada mengikut kesesuaian anda - Terdapat pelbagai jenis theme secara percuma di website-website yang menyediakannya. Anda hanya perlu upload dan pilih theme-theme tersebut
  3. Pembinaan theme yang mudah untuk web designer/developer - Penggunaan kod function yang mudah tidak perlu anda master dalam PHP dan MYSQL programming, theme dapat dihasilkan dengan mudah dan produktif. Terima kasih kepada Wordpress, sekarang saya hanya perlu mengisikan kod-kod yang sudah tersedia dengan hanya menambah serba sedikit sahaja kod-kod yang berkaitan. Penggunaan kod yang konsisten ini dapat mengurangkan tekanan anda membina design yang anda mahukan.
  4. Tidak memerlukan pengetahuan mendalam tentang web design / coding - Bagi blogger, anda hanya perlu isikan content anda, tiada perlu membuka html atau php file. Tiada lagi kod-kod dengan menggunakan interface WYSIWYG (What You See Is What You Get) tool. Masuk content dan publish adalah kerja yang sangat mudah sekali.
  5. Installation / upgrade dan support yang mudah dan cepat - Anda tidak memerlukan banyak masa untuk install di web hosting anda, kurang dari 5 minit blog / web anda sudah tersedia online di internet. Upgrade dengan beberapa klik menggunakan plugin WordPress Automatic Upgrade.
  6. Pengurusan web/blog dengan usaha yang minima - Dengan widget, sidebar anda lebih mudah diuruskan. Anda boleh add, edit dan delete post anda dengan simple.
  7. Hack menjadi website dan CMS - Dengan mengubah sedikit kod-kod yang sedia ada, anda boleh mempunyai sebuah website yang commercial tanpa membuang waktu untuk membina kod-kod dari mula hingga habis. Content lebih senang dimasukkan dan diuruskan dengan WYSIWYG tool.
  8. Mesra search engine - Wordpress adalah mesra search engine kerana codingnya yang bersih, sistematik, fungsi arkib (archive), tajuk dinamik mengikut post dan lain-lain.
  9. Komen / feedback user-friendly dan secure - Sesetengah software/script lain tidak menawarkan komen yang terbuka dan memerlukan pendaftaran. Dengan Wordpress sesiapa sahaja boleh memberi komen dan feedback kepada anda pada masa yang sama security komen anda terjaga dengan detection dan penapisan spam yang pintar (plugin diperlukan seperti Akismet dan Spam Karma).
  10. Sistem automatik draft - Sekiranya post anda hilang dan tidak sempat save semasa sedang menulis, Wordpress mempunyai sistem menyelamatkan post draft anda. Sistem AJAX yang memudahkan dan pintar membuatkan dunia blogging anda semudah anda fikirkan.

Ada banyak sebab lagi, sesiapa yang ada nak tambah? Tambahlah di ruangan komen artikel ini. Beritahu saya mengapa anda menggunakan Wordpress.

Anda suka artikel/post Azman ini? Apa kata belanja dia kopi secawan.

Jun
30

Theme Terbaru AzmanZainal.com Akan Datang

Theme Terbaru AzmanZainal.comSetelah bosan melihat theme sedia ada, tak lama lagi, blog ini akan tampil dengan design terbaru. Tema berwarna oren adalah pilihan theme kali ini.

Tiba-tiba rasa syok letak gambar sendiri kat theme ni dengan menggunakan teknik lakaran pensel dalam Photoshop dan dihabiskan dengan Illustrator.

Lepas siap theme ini saya akan buatkan tutorial macamana nak jadikan gambar anda menjadi lukisan pensel seterusnya memasukkan warna-warna basic. Dah lama tak bagi tutorial so saya harap anda tunggulah beberapa minggu lagi disebabkan job yang tak habis-habis.

Apa lagi, jom subscribe RSS blog ini dan dapatkan update-update tutorial terkini.subscribe me

Anda suka artikel/post Azman ini? Apa kata belanja dia kopi secawan.

Jun
27

Free Web 2.0 Advertisement Banners

Free Web 2.0 Banners

Buat para webmaster / web designer / pengiklan web / blogger dan lain-lain, anda sekarang boleh mendapatkan 50 ready made advertisement banners web 2.0 secara percuma / free dan dapatkan produk-produk grafik percuma setiap minggu di AllFreePlanet.com.

Anda tidak perlu risau lagi tentang design, pilih dan gunakan template banner ini dan customize kan mengikut kesesuaian web dan citarasa anda. Tingkatkan produktiviti dan kurangkan kos yang tidak berkaitan untuk web atau projek jualan anda.

Anda suka artikel/post Azman ini? Apa kata belanja dia kopi secawan.

Jun
25

Fyroo Malaysian Video Sharing

fyrooBaru-baru ini saya terjumpa website video sharing dari Malaysia di www.Fyroo.com. Menarik juga, sebab fyroo ni memang khas video-videonya dari Malaysia so pencarian lebih mudah dibuat. Apa-apa pun, tahniah kepada pengusaha fyroo kerana memberi tempat kepada rakyat Malaysia untuk berkongsi video-video yang menarik. Cuma saya sarankan tambahkan sikit kelajuan server supaya boleh menampung traffik ke laman fyroo dan mengelakkan dari video tersangkut. Anyway, logo fyroo ni pun menarik! Memang ada kesepadanan dengan nama ‘fyroo’ tu seolah-olah gambar video di dalam logo tu menyebut FYROO! Ye kan?

Anda suka artikel/post Azman ini? Apa kata belanja dia kopi secawan.